Kursus Online Marketing / Asas Keusahawanan (Siri 9)
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Sabtu lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air dijemput untuk berganding bahu bersama dengan Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya bagi menjayakan Kelas Asas Keusahawanan bagi usahawan-usahawan yang kurang mempunyai asas dalam bidang permasaran online bagi memasarkan produk mereka kepada masyarakat luar.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama dengan usahawan tersebut, antaranya ialah Kelas Microsoft Powerpoint, Kelas Multimedia, Kelas Social Media, Kelas E-Commerce, Pengenalan kepada PC hardware, Klik Dengan Bijak dan banyak lagi. Kursus ini telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya, yang dirasmikan oleh YB Hazlan Hipni dan juga telah diadakan selama 7 jam dari 8:00AM sehingga 4:00PM dan telah dihadiri oleh 12 orang usahawan setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: